BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN PENUH/SEPARA TABUNG PENDIDIKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA (TPPU)

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
UNTUK PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA KE IPTS
(Institut Pengajian Tinggi Swasta)

Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan biasiswa / pinjaman untuk pelajar-pelajar bumiputera yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS terpilih (sila rujuk lampiran) dalam kursus-kursus tertentu yang ditawarkan di peringkat Pra-Universiti, Diploma dan Ijazah Pertama dan Profesional bermula sesi pengambilan bermula Januari 2004.

Bantuan pelajaran merangkumi dua kategori:

  • BIASISWA (Yuran Pengajian Sahaja)

    • Bantuan pelajaran penuh tanpa bayaran balik sekiranya pelajar telah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan dan mencapai keputusan yang cemerlang (CGPA 3.0 dan ke atas).

  • PINJAMAN (Yuran Pengajian Sahaja)

    • Bantuan Pinjaman Pelajaran Penuh Dan Separa.

    • Kaedah pembayaran balik akan ditetapkan oleh Pihak Jawatankuasa Tabung Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia. (Sila hubungi pihak Tabung Pendidikan)